Pelancaran Karnival Kelab dan Permainan (KAKEP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 29 September 2016, satu program telah dilancarkan di SK Senibai iaitu Pelancaran Karnival Kelab dan Permainan (KAKEP). Untuk pengetahuan anda, SK Senibai terdiri daripada 3 kelab iaitu Kelab/Persatuan Bahasa dan Pusat Sumber, Kelab/Persatuan Seni Visual/Kebudayaan dan Persatuan Matematik dan Sains. Ahli kelab sekolah terdiri daripada murid-murid dari kelas tahun 4 hingga tahun 6.
Pertambahan ilmu yang diserapkan melalui aktiviti kelab dan persatuan akan meningkatkan pencapaian kokurikulum murid-murid ke tahap yang lebih baik.
Pertambahan ilmu melalui pertandingan adalah salah satu cara untuk memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Oleh itu, unit KoKu SK Senibai telah merangka beberapa program seiring dengan objektif yang ingin di capai.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-
1. Pertandingan Kuiz Matematik anjuran Kelab / Persatuan Matematik dan Sains
2. Pertandingan Kuiz Rukun Negara anjuran Kelab/Persatuan Seni Bisual dan Kebudayaan.
3. Pertandingan Kuiz Bahasa anjuran Kelab/Persatuan Bahasa dan Pusat Sumer
4. Pertandingan Kuiz Matematik anjuran Kelab/Persatuan Matematk dan Sains

Semoga program ini mencapai objektif yang disasarkan.




Comments

Popular posts from this blog