Tindakan Semasa Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu ibu bapa, guru, murid dan kakitangan SK Senibai semasa menghadapi jerebu ketika ini:-

1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
2. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3ply.
3. Pastikan udara dalam rumah / bangunan sentaisa bersih. Kurangkan pencemaran dalaman seperti asap rokok.
4. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
5. Banyakkan minum air kosong (sekurang-urangnya 8 gelas sehari)
6. Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan / menghadiri aktiviti luar.

Kesan kesihatan akibat jerebu antaranya adalah:

1. Sakit mata
2. Sakit tekak
3. Selsema
4. Sakit jantung
5. Batuk
6. Radang paru-paru
7. Asma
8. Penyakit obstruktif

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda sakit akibat jerebu.

Comments

Popular posts from this blog