Lawatan KEDAP ke Melaka


























Kelas KEDAP SK Senibai mengadakan lawatan ke Melaka pada 7 dan 8 Oktober 2011. Lawatan ini diadakan sebagai satu aktiviti khusus dalam kurikulum kelas KEDAP. Pada 7 Oktober, para peserta dibawa menginap di D' Nelayan Beach Resort, Kuala Sungai Baru Melaka. Dalam perjalanan, kami singgah di pekan Alor Gajah untuk minum petang. Selepas mendaftar masuk di resort, para peserta bebas melakukan aktiviti masing-masing. Pada waktu malamnya, para peserta dibawa menikmati makan malam di Medan Ikan Bakar Terapung, Kuala Sungai Baru.

Keesokan harinya, iaitu pada 8 Oktober, peserta dibawa memasuki Zoo Melaka untuk melihat pelbagai jenis haiwan unik dan menikmati panorama alam ciptaan tuhan. Seterusnya, rombongan di bawa melawat sekitar Banda Hilir, Melaka. Antara tempat yang dilawati ialah, Menara Taming Sari, Istana Kesultanan Melayu Melaka, dan Memorial Kemerdekaan.Lawatan ini diakhiri dengan aktiviti menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam. Secara keseluruhannya,lawatan ini berjalan lancar mengikut perancangan dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.




Popular posts from this blog