Penyampaian Penghargaan Pra UPSR 2011






8 Ogos 2011, satu majlis penyampaian slip keputusan Pra UPSR untuk semua murid Tahun 6 telah dilangsungkan di tapak perhimpunan rasmi sekolah. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan murid SK Senibai. Pada masa yang sama, calon mendapat pencapaian terbaik dalam percubaan ini telah diberikan wang tunai sebagai penggalak untuk terus berjaya dalam peperiksaan sebenar yang akan berlangsung seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada murid yang belum cemerlang masa hanya tinggal beberapa hari lagi untuk terus berusaha. Terima kasih kepada seorang guru yang telah menyumbangkan kewangan untuk majlis ini. Kepada semua Calon UPSR SK Senibai 2011, warga sekolah mengucapkan Selamat Maju Jaya.

Comments

Popular posts from this blog