Program KEDAP ( Kelas Dewasa Asli/Penan )





Pada 6 Julai 2011, Kelas Dewasa Asli / Penan SK Senibai mengadakan Pertandingan Boling yang melibatkan semua pelajar dan beberapa orang guru. Pertandingan yang diadakan di Seremban Parade ini dimulakan pada jam 3.00 petang. Pelbagai telatah pelajar dapat dilihat kerana inilah pengalaman kali pertama mereka bermain boling. Selepas bermain, para pelajar dibawa minum petang di Pizza Hut seterusnya aktiviti 'window shopping'. Para guru KEDAP mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar kerana dapat meluangkan masa menyertai program ini.












Comments

Popular posts from this blog