Sambutan Hari Merdeka Ke-53



Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Sekolah Kebangsaan Senibai Tahun 2010 telah diadakan dengan penuh meriah pada hari ini 3 September 2010 bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua aktiviti dijalankan di Dewan Seri Harmoni Sekolah Kebangsaan Senibai. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Azaman bin Taib GPK HEM Sekolah Kebangsaan Senibai mewakili Tuan Guru Besar. Ini juga merupakan tugas beliau yang pertama setelah menjawat jawatan PK HEM di sekolah ini bermula pada minggu lepas. Tahniah kepada semua jawatankuasa yang bertugas menjayakan aktiviti ini. Salam MERDEKA...SATU MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI....

Comments

Popular posts from this blog