Lawatan Kerja JPN Kelantan




Seramai 28 orang Guru - guru Besar, GPK 1 dan pegawai JPN Negeri Kelantan telah datang ke Sekolah Kebangsaan Senibai untuk lawatan kerja sehari di sekolah ini. Rombongan ini telah tiba di sekolah pada 6 Ogos 2010 pada pukul 10.00 pagi dan seterusnya disambut oleh warga SK Senibai. Taklimat berkaitan sekolah telah berlangsung di Dewan Seri Harmoni. Antara pengisian ialah ucapan, tayangan klip video serta penerangan berkaitan sekolah, persembahan murid pemulihan dan pertukaran cenderamata.
Selepas sesi lawatan semua pelawat menikmati keenakan makanan masakan Negeri Sembilan di Dewan Makan Asrama yang ditaja sepenuhnya oleh kontraktor dewan makan. Warga Sekolah mengucapkan terima kasih atas lawatan ini dan memohon kemaafan jika terdapat kekurangan layanan. TAHNIAH SK Senibai...teruskan kecemerlangan........

Comments

Popular posts from this blog