Majlis Persaraan Cikgu Idris bin Talib




Majlis Persaraan Cikgu Idris telah diadakan di Dewan Seri Harmoni Sekolah Kebangsaan Senibai. Semua warga sekolah bersama dalam majlis ini. Cikgu Idris bin Talib bertugas di Sekolah Kebangsaan Senibai bermula pada tahun 2003 sebagai Guru Penolong Kanan HEM dan bersara pada usia 56 tahun. Pada majlis ini, setiap kelas telah memberikan hadiah kepada Cikgu Idris. Warga Sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Idris yang bersama membantu sekolah dalam semua hal semenjak beliau bertugas di sekolah ini. Mohon kemaafan atas segala kesilapan yang mungkin dialami sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Comments

Popular posts from this blog