Jasamu Dikenang...Di Royal Bintang, Seremban




Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Cikgu Idris bin Talib ( GPK HEM ) dan perpindahan Ustazah Nor Aida binti Abd Aziz berlangsung di Hotel Royal Bintang, Seremban tajaan sepenuhnya dari Kelab Guru dan Pekerja SK Senibai. Cikgu Idris bersara pada usia 56 tahun manakala Ustazah Nor Aida menerima arahan pertukaran ke Sekolah Dr Sulaiman, Tampin. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada kedua - dua bekas staf Sekolah Kebangsaan Senibai ini yang telah memberikan khidmat terbaik di sekolah ini. Jasamu akan tetap dikenang. Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan terima kasih juga kepada Unit Asrama SK Senibai atas usaha yang telah diberikan. Selamat Bersara kepada Cikgu Idris dan Selamat Bertugas di tempat yang baru kepada Ustazah Nor Aida....

Comments

Popular posts from this blog