Majlis Persaraan dan Majlis Perpisahan







Majlis Persaraan Cikgu Abd Malek bin Samek dan Majlis Perpisahan Cikgu Chetti bt Teteng telah berlangsung di Hotel Desa Inn, Kuala Pilah pada 03 Mac 2010. Cikgu Abd Malek bersara bermula 01 Januari 2010 dengan menamatkan tempoh perkhidmatan pada usia 56 tahun 10 bulan. Beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Senibai selama 7 tahun. Cikgu Chetti pula berpindah ke Sekolah Kebangsaan Dangi bermula pada Januari yang lalu dan berkhidmat di sekolah ini selama 4 tahun. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka berdua di sekolah ini akan terus terpahat diingatan. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bersara dan selamat berpindah kepada kedua - dua yang diraikan.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog