Hari Terakhir Lawatan


Hari terakhir lawatan kami menuju ialah ke Kem Tentera Laut DiRaja Malaysia, Lumut. Sebuah Kem Tentera Laut terbesar di Malaysia menempatkan hampir 20 ribu tentera pelbagai kaum di sana. Kami didedahkan dengan unit udara dan diberi penerangan mengenai helikopter terkini milik tentera laut buatan Jerman. Kami juga sempat melihat demontrasi juruterbang menerbangkan helikopter tersebut. Selepas itu, kami bergerak menuju ke pangkalan Kapal Tentera Laut. Kami juga diberi taklimat dan melihat sendiri tentera - tentera bertugas di atas kapal. 1.00 tengahari kami melawat Galeri Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum berlepas pulang ke Negeri Sembilan. Sememangnya lawatan ini banyak memberi pengalaman baru kepada semua ahli rombongan...

Comments

Popular posts from this blog