Program Raya-raya SK Senibai




Jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi warga SK Senibai telah diadakan pada 14 Oktober 2009. Selain warga sekolah, ramai ibu bapa dan penjaga turut hadir memeriahkan suasana majlis sambutan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah cabutan bertuah, nyanyian lagu raya oleh murid asrama, ucapan guru besar, memotong kek raya dan pemberian duit raya oleh guru besar. Dalam ucapan, guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang selama ini telah bersama dalam memacu sekolah ke arah kecemerlangan.

Comments

Popular posts from this blog