Tarikh Keramat 8 September Menjelang






Masa dan detik yang dinantikan untuk Calon - calon UPSR 2009 kini sudah sampai harinya. Bermula hari ini 8 September hingga 10 September 2009 semua calon UPSR seluruh negara akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Bagi Sekolah Kebangsaan Senibai seramai 16 orang calon akan menduduki peperiksaan ini yang diadakan di Dewan Seri Harmoni. Dari seluruh warga sekolah ini mengucapkan selamat maju jaya kepada murid - murid Tahun 6 semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Terima kasih kepada guru - guru subjek yang telah bertungkus lumus sebelum ini dan sama - sama kita mengharapkan agar hasrat sekolah akan menjadi kenyataan. 5A....Semua boleh lakukan......

Comments

Popular posts from this blog