Soalan Ramalan UPSR 2009

Soalan Ramalan UPSR 2009? Susah untuk menjawab soalan ini walaupun soalan ini juga adalah ciptaan manusia bernama penggubal soalan. Apa pun hari semakin dekat. Bukan murid sahaja yang berdebar tetapi perasaan tu lebih terarah kepada guru - guru yang mengajar subjek berkenaan. Lihat sahaja disetiap sekolah musim cuti di bulan puasa ni semua sibuk membuat kelas tambahan. Tapi kadang - kadang tu guru yang lebih daripada murid. Ada pula murid yang tak hadir. Apakan daya itulah semangat seorang yang bernama guru.

Turunnya prestasi subjek masing - masing soalan pertama daripada orang - orang tertentu " Mengapa boleh jadi macam ni ". Apa pun baik sekolah itu sekolah yang hebat mahu pun sekolah berprestasi rendah dan sederhana semua kita adalah guru yang sentiasa menjadi barisan hadapan untuk menciptakan kejayaan untuk murid. Sesungguhnya guru adalah Pembina Negara Bangsa. Selamat bertugas guru - guru sekalian dan selamat maju jaya untuk calon - calon UPSR 2009.

Comments

Popular posts from this blog