Senator Profesor Terhebat Meninggal Dunia

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh ( 61 tahun ) meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal pagi semalam ( 27 Ogos ), kata isteri Allahyarham Datin Hasnah Wahab. Datin Hasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Senator Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlentuk kepalanya ke atas bahunya."
Selain itu, Datin Hasnah memaklumkan suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi. Senator Ismail ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.
Allahyarham dikebumikan di Kajang. Allahyarham dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 2 September 1947 dan telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia. Selain itu, Allahyarham juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), ketua pegawai eksekutif Twintech Holdings dan naib canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Beliau pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah doktor falsafah.Ucapan takziah.
Daripada saya : Kepada murid dan pencinta ilmu..
Jadikan semangat dan kegigihan Allahyarham semasa hayatnya, seorang yang cacat penglihatan tetapi berjaya dengan cemerlang dalam bidang ilmu. Fikirkan bagaimana Allahyarham belajar, mencari ilmu dan segala yang bersangkutan dengan pengurusan kehidupan sehariannya... Fikirkan...fikirkan...dan bersama fikirkan....
Semoga tulisan ini memberi suntikan semangat kepada kita semua khususnya kepada calon - calon UPSR,PMR,STPM dan sesiapa sahaja yang bergelar pencinta ilmu dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang.Pastikan usaha kita berlipat kali ganda dan jadikan Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh sebagai ikon semua...Al-fatihah untuk Allahyarham.

Comments

Popular posts from this blog