Seminar Perlembagaan Malaysia


Seminar Perlembagaan Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Dalam ucapan beliau mengharapkan agar rakyat Malaysia perlu bersatu untuk memastikan kesinambungan keharmonian negara. Tetamu lain yang turut hadir Yang Mulia Dato Baginda Tan Mas Haji Mohammad bin Abdullah dan Yang berbahagia Tan Sri Abu Zahar bin Ujang, Pengerusi PSMNS.
Dua slot kertas kerja dibentangkan oleh Dr Nadzan bin Harun, Pensyarah Tamu UKM dengan tajuk Asas Pembentukkan Perlembagaan Negara. Kertas Kerja kedua dibentangkan oleh Kol Prof Dato Dr Kamarudin bin Kachar. Semua guru besar dan pengetua turut hadir dalam majlis ini.

Comments

Popular posts from this blog