Selamat Jalan Dan terima Kasih

Terima kasih diucapkan kepada guru - guru pelatih yang menjalani ROS di SK Senibai selama 2 minggu dan berakhir pada 14 Ogos yang baru lalu. Mereka ialah Cikgu Shikin, Cikgu Fiona dan Cikgu Crisia yang berasal dari Sabah manakala seorang lagi iaitu Cikgu Sharmila dari Perak. Keempat - empat mereka merupakan guru pelatih KPLI dari Institut Bahasa Antarabangsa major dalam Subjek Inggeris dan Matematik. Walaupun dua minggu berada di SK Senibai guru - guru pelatih ini cepat mesra dengan warga SK Senibai. Kasihan Cikgu Shikin yang menitis air mata semasa memberi ucapan perpisahan. Uhuk...uhuk... Semoga kita berjumpa lagi dan sememangnya SK Senibai kini berada di puncaknya yang tersendiri. Moga praktikal pada tahun hadapan akan muncul kembali wajah - wajah guru ini dan sesungguhnya warga SK Senibai menghargai kehadiran guru - guru semua. Rajin -rajin tengok blog bah... dan selamat belajar kembali...

Comments

  1. Wah..ada juga dalam blog hehehe.
    Thanks Cikgu Arif. Rajin2 tengok blog, boleh bah hehe. All the best to SK Senibai, the teachers and the students!! :D Thanks again.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog