Majlis Penutup Konvensyen MGB



Majlis Penutup Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke - 15 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke - 27 Tahun 2009 telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Hajjah Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Klana Resort, Seremban. Dalam ucapan, beliau menyentuh perkembangan terkini dunia pendidikan negara kepada semua guru besar dan mengharapkan agar guru - guru besar bergerak positif selari dengan arahan kepimpinan negara masa kini. Kepada semua perwakilan Persidangan diucapkan terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog