Kemerdekaan Jiwa Dan Kemerdekaan Bangsa

Sambungan Bicara Bulan Kemerdekaan ke-52...
Pelaksanaan ibadah puasa ramadhan tahun ini bertepatan pada bulan perayaan kemerdekaan tanah air tercinta yang ke-52 tahun. Dua situasi yang sebenarnya memiliki satu kesan positif, iaitu pembebasan. Pembebasan pada erti kemerdekaan intinya adalah pembebasan bangsa dari penjajahan secara fizikal. Sedangkan pada erti Ramadhan hakikatnya adalah pembebasan jiwa dari penjajahan kurungan budaya dosa.
Seorang pejuang kemerdekaan dengan semangat pekikan “merdeka atau mati”. Pekikan yang sangat jelas menunjukkan satu semangat perjuangan dan kesediaan berkorban. Pejuang itu seakan ingin menyampaikan pesan bahawa kebebasan bangsa tidak berasal dari pemberian sukarela. Pembebasan bangsa harus diperjuangkan dengan kesungguhan, harus diupayakan dengan segenap tenaga. Meskipun begitu para pejuang dituntut untuk siap sedia berkorban harta dan nyawa. Tetapi mungkin semua perjuangan dan pengorbanan menjadi sangat layak kerana imbuhannnya adalah sebuah bangsa yang merdeka.
Sama halnya dengan pembebasan bangsa, Ramadhan juga menjadi erti yang tepat untuk memulai pembebasan jiwa. Jiwa yang bebas dari budaya dosa. Sehingga di akhir Ramadhan manusia akan menjadi manusia berjiwa bersih. Namun selayaknya perjuangan kemerdekaan dan perjuangan pembebasan jiwa memerlukan perjuangan dan kesungguhan serta pengorbanan yang tak terkira.
Merdeka Jiwa Merdeka Bangsa...Terima Kasih membaca...

Comments

Popular posts from this blog