Karnival Pendidikan Prasekolah



Hampir 1000 orang telah membanjiri Sekolah Kebangsaan Senibai dalam Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2009 pada 15 Ogos yang baru lalu. Sebanyak 6 daerah telah mengambil bahagian dalam 7 pertandingan yang dijalankan serentak iaitu pertandingan :
a) Tarian Tradisional
b) Nyanyian dan Gerakan
c) Bersajak
d) Hafazan
e) Story Telling
f) Bercerita Bahasa Melayu
g) Mewarna
PPD Kuala Pilah sebagai tuan rumah pada tahun ini telah memberi kepercayaan kepada SK Senibai sebagai lokasi pertandingan dan warga SK Senibai menyahut cabaran menjadi tuan rumah bagi karnival pada tahun ini. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Penutup Karnival telah disempurnakan oleh Yang berbahagia Encik Mad Zin bin Zainal wakil Yang Berhormat Dato' Haji Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.
Pada kesempatan yang sama, Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja SK Senibai telah mengadakan Hari Kantin dengan menjual pelbagai jenis makanan dan cenderamata kepada para pengunjung. Cabutan - cabutan bertuah juga telah dijalankan manakala Johan Keseluruhan Karnival pada tahun ini dinobatkan kepada Kontigen Daerah Seremban. Tahniah.
Bagi pihak tuan rumah memohon kemaafan jika terdapat sebarang kelemahan dalam penganjuran Karnival pada kali ini. Terima kasih kepada PPD Kuala Pilah, PERASA Kuala Pilah dan semua yang terlibat menjayakan Karnival Prasekolah di SK Senibai. Yang pastinya bagi mereka yang pertama kali datang ke SK Senibai ramai yang terpegun melihat sebuah sekolah yang indah dikelilingi tumbuhan yang menghijau. Semoga nama SK Senibai akan terus terukir di setiap sanubari semua. Gambar - gambar sepanjang Karnival akan menyusul....

Comments

Popular posts from this blog