Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan


Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2009 akan diadakan pada 15 Ogos 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Senibai. Mesyuarat khas telah diadakan pada 31 Julai 2009 di Bilik Gerakan SK Senibai untuk membincangkan perjalanan program itu nanti. Seluruh warga SK Senibai mengucapkan selamat datang kepada semua peserta dan sila dapatkan maklumat berkaitan dengan kemudahan sekolah melalui pautan blog ini. Pada tarikh yang sama juga Badan Kebajikan Guru dan Pekerja SK Senibai akan mengadakan aktiviti jualan sebagai salah satu aktiviti badan ini. Di samping itu juga, jualan cenderamata turut diadakan dan pembeli cenderamata akan berpeluang untuk memenangi hadiah - hadiah cabutan bertuah.

Comments

Popular posts from this blog