Tahniah, Wannesha !

Wannesha ( nombor 3 dari kiri ) bersama rakan - rakan karibnya.


Tahniah, Wannesha ! Warga Sekolah Kebangsaan Senibai mengucapkan tahniah kepada Wannesha a/k Nesluddin yang telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan Canang 2 ( UPSR ) baru - baru ini. Pihak sekolah berharap agar kecemerlangan ini akan berterusan dalam peperiksaan percubaan UPSR yang tidak berapa lama lagi dan seterusnya keputusan yang benar - benar realiti iaitu 5A semasa peperiksaan UPSR yang akan menjelang pada bulan September nanti. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang mustahil untuk dicapai seandainya kita berusaha dengan gigih. Jika 5A menjadi milik Wannesha atau kepada sesiapa sahaja calon UPSR pada tahun ini hadiah utama berupa sebuah basikal dan wang tunai akan tersedia menanti. Teruskan dan teruskan.......
Pada minggu ketiga bulan Julai ini juga akan diadakan bengkel menjawab soalan UPSR yang akan dikendalikan oleh guru - guru pakar dalam mata pelajaran masing - masing. Semua calon UPSR seramai 16 orang dan pelajar elit Tahun 4 dan Tahun 5 akan turut sama di dalam bengkel ini yang bermula 20 hingga 25 Julai bermula jam 8.15 malam hingga 10.15 malam. Semua peserta akan tinggal di asrama. Selamat berbengkel.

Comments

Popular posts from this blog