Penyerahan KWAMP

Yang Berhormat Dato Hassan bin Malek bergambar bersama penerima cek KWAMP yang diwakili oleh YDP setiap sekolah.

Yang Berhormat Dato Haji Hasan bin Malek menyerahkan replika cek kepada
YDP PIBG SK Senibai Encik Ali bin Bujang berjumlah RM 45,900

Setinggi penghargaan terima kasih diucapkan Yang Berhormat Dato Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kito ( Kuala Pilah ) yang sudi ke SK Senibai untuk menyempurnakan majlis penyerahan cek Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAMP ) bernilai RM 53,100 kepada penerima yang layak. Tiga sekolah telah bergabung mengadakan program ini iaitu SK Senibai, SK Inas dan SK Dato Inas. Seramai 102 orang murid SK Senibai menerima bantuan ini dengan jumlah RM 45,900, 24 orang murid SK Inas dengan jumlah RM 4,800 dan 12 orang murid SK Dato Inas dengan jumlah RM 2,400.
Dalam ucapan Yang berhormat Dato Hasan Malek menasihatkan ibu bapa agar sentiasa menekankan peningkatan pendidikan untuk anak - anak dan menggunakan pemberian wang KWAMP ini untuk kepentingan pelajaran anak - anak. Cek - cek ini telah diterima oleh setiap Yang dipertua PIBG sekolah masing - masing.
Yang Berhormat Dato juga berasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada SK Senibai yang telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 bagi Kategori Sekolah Masyarakat Asli dan beliau turut mengharapkan agar kecemerlangan ini akan sentiasa berterusan dari semasa ke semasa. Beliau juga memberi sumbangan kepada PIBG SK Senibai sebanyak RM 3,000 dan RM 2,000 bagi setiap PIBG SK Inas dan SK Dato Inas.
Lebih kurang 200 orang penjaga dan ibu bapa hadir dalam program ini dan turut hadir Yang berusaha Tuan Haji Mohd Zawawi bin Haji Hassan Penolong PPD Kuala Pilah serta Encik Tarmiza bin Yaacob, Pegawai JHEOA Daerah Kuala Pilah dan Tampin. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Comments

Popular posts from this blog