Kursus Pengacaraan

Sempena Pesta Adat Dan Menyambut 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti saya berpeluang menyertai Bengkel Pengacaraan Majlis dengan menggunakan kata - kata Adat Perpatih yang disampaikan oelh Profesor Datuk Paduka Dr Rosli bin Saludin, Pensyarah UPSI. Bengkel bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Banyak pengalaman berharga diperoleh semasa bengkel ini.
Antara pengisian ialah :
a) Personaliti dan Penampilan Seorang Pengacara
b) Penerimaan tawaran sebagai pengacara Majlis
c) Persediaan sebelum bermulanya tugas sebagai pengacara
d) Mengacarakan majlis atau rancangan
e) Tips sebagai hos rancangan TV
Majlis penutup disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Mohd Razi bin Kail EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Comments

Popular posts from this blog