Juruacara Majlis


Saya berpeluang menjadi juruacara majlis penutup Pertandingan Pesta Pantun Sekolah - Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan. Semasa makan saya juga duduk semeja dengan Tuan Haji Chuari Selamat pengerusi pantun akhir. Ternyata beliau memang hebat dalam pengacaraan dan sempat berkongsi pengalaman dengan beliau semasa di meja makan. Apa pun tahniah kepada Pasukan Johan SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan sekaligus mengekalkan juara bertahan Sirih Pulang Ke Gagang. Sememangnya peserta - peserta hebat berpantun dan menggunakan kosa kata yang cukup indah. Semoga warisan melayu terus kekal sepanjang zaman.... Serangkap pantun...
Hendak sulur sulurlah daun
Jangan meliar sampai ke atap
Hendak subur suburlah pantun
Jangan tersasar merungkai adat

Comments

Popular posts from this blog