Bengkel LDP Kali Kedua


Guru - guru Sekolah Kebangsaan Senibai menghadiri Bengkel LDP ( Latihan Dalam Perkhidmatan ) Kali Kedua pada hari ini ( 02 Julai 2009 ) yang diadakan di Bilik Gerakan Sekolah. Bengkel disampaikan oleh Cikgu Airina binti Mohd Suhaimi dan Cikgu Mohd Isa bin Abd Ghani. Bengkel LDP kali ini menerangkan cara - cara mengisi maklumat Head Count dan penggunaan Head Count kepada setiap guru subjek, murid - murid mahu pun pihak pengurusan sekolah. Bengkel bermula pada pukul 1.35 tengahari hingga 4.00 petang. Turut hadir Encik Ab Rahman bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibai. Terima kasih kepada semua guru yang menghadiri bengkel kali ini.

Comments

Popular posts from this blog