Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009 untuk murid Asli Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Seri Harmoni Sekolah Kebangsaan Senibai pada 18 Julai 2009. Seramai 92 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel ini yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Orang Asli Negeri Sembilan dengan kerjasama JHEOA Negeri Sembilan / Melaka. Bengkel sehari ini telah jayakan oleh penceramah dari kalangan guru - guru Asli Negeri Sembilan dan hanya melibatkan dua mata pelajaran sahaja iaitu Matematik dan Sains. Tahniah kepada semua dan Selamat Maju Jaya untuk semua calon UPSR 2009 khususnya murid - murid Asli SK Senibai seramai 16 orang.

Comments

Popular posts from this blog