100 Tahun Istana Lama Seri Menanti

11 hingga 12 Julai 2009 telah diadakan Pesta Adat Perpatih 2009 dan 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti. Bangunan ini dibina pada 1902 dan siap dibina pada tahun 1908 oleh Tukang Kahar dan Tukang Taib. Pada tahun 2009 ini genaplah 100 tahun usia istana kayu setinggi 4 tingkat yang menjadi kebanggaan Institusi Beraja di Negeri Sembilan. Pada 14 Februari 2009 Istana ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Malaysia oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di Sekolah Victoria Institution Kuala Lumpur.


Comments

Popular posts from this blog