Motivasi Jejak Pintar

Seramai 35 orang murid - murid asrama SK Senibai telah mengikuti Program Motivasi Jejak Pintar di Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 22 Mei hingga 24 Mei 2009. Murid - murid terdiri daripada calon - calon UPSR, PMR dan SPM yang merupakan pelajar yang tinggal di asrama. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi, Permainan Burung Hantu, Laluan Merempuh Halangan dan pelbagai aktiviti lasak yang lain. Beberapa orang guru dan kakitangan asrama telah mengiringi pelajar dalam program tersebut. Program ini sedikit sebanyak telah mencapai objektifnya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Motivasi Jejak Pintar 2009.

Comments

Popular posts from this blog