Kursus Profesionalisma


Semua guru SK Senibai mula berkursus di Glory Beach Resort, Port Dickson bermula 1 Jun hingga 3 Jun 2009. Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru - guru Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli 2009 telah dihadiri oleh semua guru - guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli iaitu dari SK Senibai, SK Tekir, SK Putra dan SK Sungai Sampo. Antara pengisian dalam program ini akan disampaikan oleh Profesor Dr Juli Edo, Pensyarah dari Universiti Malaya, Puan Hjh Rosnani binti Kamaruddin, Kauselor dari PPD Seremban, Encik Malek Ibrahim, Pegawai dari JPNS dan Encik Abdul Jalil P. Kamadin, Nazir dari Negeri Sembilan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Jamali bin Salam, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Comments

Popular posts from this blog