Hari ini 27 Jun 2009, Sekolah Kebangsaan Senibai mengadakan Kejohanan Olahraga Dwi Tahunan kali ke - 11 Tahun 2009. Pada hari ini hanya acara sukaneka dijalankan manakala acara olahraga telah dilangsungkan pada bulan Februari 2009 yang lalu di Padang Sekolah Kebangsaan Dato Inas. Sebanyak 12 acara sukaneka dijalankan dan Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail bin Lasim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Senaling.
Yang berhormat telah memberi sumbangan sebanyak RM 2500.00 bagi menampung kejohanan kali ini. Di dalam ucapan, beliau mengharapkan agar Sekolah Kebangsaan Senibai akan terus cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Beliau juga turut berbangga kerana sekolah ini telah banyak menempa kejayaan yang antara lain telah menaikkan nama Daerah Kuala Pilah.
Rumah Sukan Biru telah memenangi Johan Keseluruhan, Rumah Sukan Kuning di tempat Kedua dan Rumah Sukan Merah di tempat Ketiga. Olahragawan 2009 dinobatkan kepada Zairul Izwan bin Zailan manakala Olahragawati 2009 dinobatkan kepada Mas Hidayu binti Che Mat. Kepada seluruh warga kerja diucapkan terima kasih.













Comments

Popular posts from this blog