Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


Tahniah diucapkan khususnya kepada Cikgu Abd Malek bin Samek ( Guru Penolong Kanan 1 ) dan Cikgu Chetti binti Teteng yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi Pejabat Daerah Kuala Pilah bagi Tahun 2008. Majlis ini telah diadakan pada 29 Jun 2009 di Dewan Sekolah Menengah Teknik Juasseh dan perasmian serta penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail bin Lasim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Senaling. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah.
Seramai 151 orang penerima anugerah telah terpilih sebagai penerima anugerah cemerlang dan para penerima anugerah menerima hadiah wang tunai RM 1000.00 dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Warga Sekolah Kebangsaan Senibai sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Cikgu Abd Malek dan Cikgu Chetti....semoga anugerah ini akan menjadi peransang untuk mencari kekuatan diri dan seterusnya menabur bakti secara cemerlang khas untuk anak - anak murid yang kita sama kasihi.

Comments

Popular posts from this blog