Lawatan SK Pos Brooke


Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan akan melawat ke Sekolah Kebangsaan Senibai pada Jumaat ini 17 April 2009 jam 9.00 pagi. Seramai 42 orang guru - guru, pekerja, AJK PIBG serta beberapa orang murid akan bersama dalam lawatan ini. Lawatan ini bertujuan merapatkan hubungan masyarakat Asli Kelantan dan masyarakat Asli di Negeri Sembilan khususnya di SK Senibai. Lawatan ini juga adalah susulan kejayaan SK Senibai sebagai Sekolah Cemerlang Kebangsaan Kategori Sekolah Masyarakat Asli 2008. Tahniah SK Senibai dan Selamat Datang SK Pos Brooke.

Comments

Popular posts from this blog